Jumaat, 28 Mei 2010

Resipi Dari Istana

Puding Baulu Raja

Bahan-bahan

• 225g tepung gandum
• 200g gula halus
• 8 biji telur

Cara memasak

• Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan tepung ke dalam bancuhan itu dan kacau perlahan sehingga sebati.
• Sapukan loyang pembakar dengan sedikit marjerin. Masukkan adunan yang telah dipukul ke dalam loyang dan bakar pada suhu ketuhar 175°F sehingga masak.

Bahan-bahan untuk Kuah Puding
• 250g gula
• 1 tin (410g) susu cair/sejat
• Air sebanyak ½ tin susu
• 3 biji kuning telur
• Sedikit esen vanila
• Daun pandan – disimpul
Cara Memasak

• Pukul kuning telur bersama susu dan air. Tapis dan kemudian campurkannya bersama gula. Kacau sehingga sebati.
• Masukkannya di dalam periuk bersama daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
• Angkat dari api apabila sudah pekat dan tuangkan ke dalam mangkuk yang lain untuk disejukkan. Masukkan esen vanila.
Cara Menghidang
• Hiaskan bahulu dengan buah prun, ceri dan urat emas di dalam mangkuk puding dan tuangkan kuah puding ke atasnya sebelum dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan