Isnin, 2 Mei 2011

DAKWAH DALAM SENI NYANYIAN (LAGU-LAGU MODEN)



FENOMENA MAHER ZAIN


Kedatangan Maher Zain ke negara kita telah membuka mata masyarakat bahawa tidak semestinya lagu-lagu nasyid sahaja boleh dijadikan cara untuk berdakwah melalui seni nyanyian.Lirik-lirik lagu yang berunsurkan ketuhanan dan keinsafan sama ada dalam bahasa kita atau asing boleh dianggap satu medium dakwah kepada umum.


Masyarakat kini telah menjadi hamba kepada hiburan.Oleh itu kreativiti para dai perlu selari dengan perkembangan zaman.Lagu-lagu moden sama ada berentak pop,ballad,jazz dan seumpamanya sekiranya kena dengan liriknya maka ianya boleh dianggap medium dakwah.


Dalam lagu ini penyanyi cuba mengajak masyarakat supaya melihat bukti-bukti keagongan Allah swt melalui ciptaan-ciptaanNya.Melihat dengan mata kasar dan mata hati.Kemudian berfikir dengan akal yang berlandaskan ketuhanan.


Lagu ini juga memberi kesedaran kepada umum bahawa tidak semua lagu-lagu moden merosakkan.

1 ulasan:

  1. Lagu ini selalu saya gunakan untuk set induksi pada pengajaran dan pembelajaran saya dalam kelas untuk tajuk Allah swt bersifat qudrah..

    BalasPadam