Khamis, 17 Mac 2011

SAJAK KU

MAMPUKAH AKU

Siapakah aku?,
manusia kerdil di sisi pencipta,
asal usul dari tanah yang hina,
mencari keredhaan sehayat ada,
mampukah aku?.

Aku ini siapa?,
wujudku dari kun fayakun,
meniti cabaran ilahi seadanya,
kesabaran digugat sentiasa,
mampukah aku?.

Aku hidup untuk apa?,
kejadianku berniatkan ibadah,
meningkatnya umurku penuh alpa,
ilmu ditimba seumpama titis airmata,
mampukah aku?.

Ya Allah,wahai tuhan semesta alam,
padamu jua aku berserah,
iman amalku harap diterima,
nawaitu ku ikhlas padamu sahaja,
itu sahaja kemampuan yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan