Khamis, 17 Mac 2011

KERA DI HUTAN SANGGUP SUSUKAN ANAK,MANUSIA DI LUAR HUTAN SANGGUP BUANG ANAK.

Pada suatu hari,seekor beruk betina sedang leka bergayut dari satu dahan ke satu dahan yang lain.Tiba-tiba dia terdengar suara bayi menangis.Dia mencari-cari suara yang belum pernah didengarinya sebelum ini.Apabila terpandang ke tanah,didapatinya seorang bayi sedang menangis kehausan.Lantas dia pun terus menghampiri bayi tersebut.
Dalam hatinya terdetik " binatang manalah yang buang anak merata tempat ni..?".Kemudian dia mendapat ilham,"rupa anak binatang ni ada iras-iras seperti aku,cuma bulunya saja yang tidak lebat.Lebih elok aku ambilnya jadi anak angkat aku.Moga-moga bila besar nanti boleh bela aku pulak"bisik hatinya.Setiap hari beruk itu akan menyusukan "anak angkat"nya itu sehingga kekeyangan (diberikan nama Boo) dan mengajarnya bergayut serta mendidiknya sehingga menjadi seperti beruk yang sejati.
Setelah dewasa,Boo sering merasa pelik tentang ketidaksamaan dan keganjilan rupa dirinya dengan beruk-beruk yang lain.Dia bertanya kepada ibunya tentang kemusykilannya itu,namun sering diberi pelbagai jawapan oleh ibu beruknya itu.Maka bertambahlah lagi kemusykilannya itu.
Pada suatu hari,ketika sedang asyik mencari buah-buahan,Boo terdengar suara seperti kaldai menjerit kesakitan.Naluri "kemanusiaan"nya ingin mengetahui dari manakah suara itu?binatang jenis apakah yang berbunyi demikian?kenapakah ianya berbunyi sesedih itu?.
Akhirnya dia terjumpa seorang bayi manusia di atas sebatang pokok di atas tanah sedang menangis kesakitan akibat digigit semut.Dipendekkan cerita,Boo pun membawa pulang bayi itu dan menyerahkan kepada ibu beruknya.Dari situlah Boo dapat tahu tentang asal-usul kewujudan beliau di dalam hutan itu.Namun demikian hatinya tetap sayang kepada ibu beruknya dan kaum kerabatnya kerana beliau tidak pernah merasakan dirinya sebagai manusia.Boo dan ibu beruknya terus memelihara bayi manusia yang dijumpai itu dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh.
Walaubagaimana pun,yang menjadi keanehan kepada penulis adalah setiap tahun,Boo akan mendapat "adik-beradik" baru yang berlainan jantina dan dijumpai dengan cara yang sama serta tetap dibela,disusui dan dididik oleh ibu beruk Boo sehinggalah ibu beruk itu sakit dan mati.
Pengajaran dan moral dari cerita ini para pembaca bolehlah fikirkan sendiri.Namun yang terfikir oleh penulis adalah akan wujudkah suatu hari nanti spesis manusia yang bertabiat dan berhabitat beruk memenuhi hutan dan beruk yang berhabitat dan bertabiat manusia di bandar?.Tepuk dada tanya iman.Fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan