Khamis, 17 Mac 2011

LAGU&LIRIK BERUNSUR KETUHANAN

Mari kita penuhkan ruangan ini dengan lirik lirik lagu yang anda fikir ianya mempunyai makna yang mendalam tentang cinta kita kepada Allah. Dan pastikan lagu lagu tersebut bukan dari lagu-lagu Nasyid. Dibawah ini saya bagi satu lagu yang begitu menyentuh jiwa.
Engkau Tetap Satu : dari Kumpulan WOW.
Saatku rindu padamu..
Seru ku seru namamu bertalu...
Rimbunan rindu yang bertemu
menjadi lembaran cintaku
ku serah kepada mu..

Bila ku sebut nama mu
Damai diruang hati ku ini
Ku seru namamu bertalu..
menjadi lembaran kasihku
Ku serah kepada mu

Engkaulah yang satu
Mustika Kalbuku
Kasih dan rindu ku oh..
Hanyalah padamu

Engkaulah kasihku
Tiada duanya
biar jadi hamparan
kasihku padamu

Tanpamu siapalah aku..



Ulasan:
Pada kebiasaannya apabila disebut lagu-lagu dakwah dan berunsur ketuhanan,maka terbayang di fikiran kita lagu-lagu nasyid dengan paluan kompang dan alatan muzik dari arab seperti gendang,rebana dan sebagainya.Lagu-lagu berirama rock,pop rock,ballad ,jazz dan sebagainya seringkali diabaikan konsep ketuhanannya khususnya pada liriknya.Mungkin disebabkan irama yang keras dan bising menafikan kensep dakwah pada lagu tersebut.Tambahan pula fesyen yang ditampil oleh penyanyi-penyanyi lagu-lagu ini tidak menepati ciri-ciri lirik lagu tersebut.
Walaubagaimana pun,sekiranya diamati dengan halus,lirik lagu-lagu pop rock era 80an dan 90an kebanyakannya berunsurkan kerohanian dan ketuhanan seperti lagu Isabella,Pusara di Lebuhraya dan terutamanya lagu kumpulan WOW ini iaitu Kau Yang Satu.
Dalam lirik lagu di atas terdapat satu perasaan rindu kepada Allah swt.Diantara cara melepaskan rindu ini dengan sentiasa menyebut nama Allah swt dengan bertakbir,bertasbih dan bertahmid.Kemudiannya disebut juga tentang kedamaian dalam hati bila zikir-zikir diucapkan.Si penulis lirik juga menanamkan sifat ketauhidannya kepada Allah swt dengan tidak menduakan pencipta yang Maha Esa serta menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah swt sahaja.Penulis lirik lagu ini juga merendahkan dirinya sebagai hamba Allah swt dengan meletakkan dirinya tidak akan wujud tanpa kehendakNya jua.
Seni dan lagu berunsur ketuhanan dan kerohanian tidak dapat dipisahkan dari jiwa manusia kerana ianya adalah fitrah dari Allah swt.Namun atas persepsi manusia itulah yang menilai dan menakkulnya sendiri.Allah swt mengurniakan akal kepada manusia untuk difikirkan dengan berlandaskan Al-quran dan Assunnah.Fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan